<
images (7)

Ketua jurulatih Terengganu FC telah digantung daripada menyertai semua aktiviti sukan kerana…

KUALA NERUS (21 Jun): Jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner, telah mengingatkan anak buahnya agar lebih berhati-hati dengan dua penyerang import Kuching City FC (KCFC) dalam perlawanan Liga Super di Stadium Negeri Sarawak malam esok.

Steinbruckner menekankan bahawa Jordan Mintah dan bekas pemain TFC, Kipre Tchetche, mempunyai kualiti penyerang yang baik dan berpotensi mengancam pertahanan TFC.

“Jordan Mintah dan Kipre Tchetche… mereka berdua memang berkualiti. Saya bukan cakap ini kerana mereka bekas pemain Terengganu, tapi secara jujur mereka memang penyerang yang hebat.

“Saya percaya mereka akan menyukarkan kita di Kuching. Tapi saya sudah berpesan kepada pemain untuk lebih berhati-hati dan jangan hilang kawalan terhadap dua pemain ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau juga menggesa pemainnya untuk memberikan yang terbaik untuk memperoleh tiga mata dan memastikan TFC kekal di kedudukan tiga teratas liga, memandangkan pasukan kini berada di tempat kedua dan berjaya mara ke suku akhir Piala FA minggu lepas.

“Kita perlu kekalkan momentum baik untuk terus menang. Kita akan bertemu Sabah dalam Piala FA pada akhir bulan ini, jadi saya harap kita dapat menang perlawanan di tempat lawan ini untuk motivasi kita,” katanya, sambil menambah bahawa beliau belum membuat keputusan mengenai kesebelasan utama untuk perlawanan esok. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *