January 9, 2025

SEDIH UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT TINGGAL: Pemain utama Sabah FC, Saddil Ramdani, telah menamatkan kontraknya dengan pasukan itu, menyatakan bahawa beliau akan…baca lanjut.

Pesan Yakob Sayuri ke Saddil Ramdani Usai PSM Makassar Menang 3-1 atas  Sabah FC: Sampai Jumpa di TC Timnas Indonesia! : Okezone Bola

KOTA KINABALU (24 Dis): Sabah FC telah berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Piala Malaysia, di mana mereka akan berdepan dengan Sri Pahang FC (Tok Gajah), selepas menewaskan Kuching City FC dengan kemenangan agregat tipis 1-0 dalam peringkat suku akhir.

Dalam perlawanan suku akhir kedua, Sang Badak hanya mampu seri tanpa jaringan menentang jiran mereka dari Borneo di Stadium Likas, di sini malam tadi.

Perlawanan tersebut menyaksikan Kuching City FC mencipta lebih banyak peluang serangan, tetapi pertahanan Sabah FC yang diketuai oleh kapten Dominic Tan berdiri teguh untuk menyerap tekanan daripada pasukan pelawat.

Tuan rumah mengalami detik cemas pada minit ke-51 apabila penjaga gol Damien Lim menjatuhkan Jordan Mintah di dalam kotak penalti, tetapi pengadil Suhaizi Shukri memutuskan untuk tidak memberikan penalti selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR).

Dalam perlawanan suku akhir pertama yang diadakan pada 15 Dis di Stadium Negeri, Kuching, Sabah FC memperoleh kemenangan 1-0 ke atas Kuching City FC hasil jaringan Muhammad Farhan Roslan.

Sementara itu, perlawanan separuh akhir Piala Malaysia yang lain akan menyaksikan juara bertahan Johor Darul Ta’zim FC menentang Terengganu FC. — Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *